Projek Kemasyarakatan melalui Pentaksiran dalam Subjek Hadis

Perkongsian Amalan Pengajaran di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

Authors

  • Muhammad Arif Yahya Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Projek Kemasyarakatan, Hadis, Hasil Pembelajaran Kursus, Pentaksiran Kursus

Abstract

Penilaian dan pentaksiran terhadap Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) dalam sesuatu subjek menekankan aspek kemahiran pelajar dalam memberi sumbangan serta berperanan sebagai agen perubahan di dalam masyarakat. Kesedaran untuk menyuntik semangat pelajar dalam menyumbang kepada masyarakat seharusnya wujud sebagai salah satu elemen penting daripada hasil pembelajaran sesuatu kursus yang disampaikan.  Artikel ini sebagai perkongsian pengalaman dalam pengajaran subjek hadis dengan menfokuskan salah satu pentaksiran kepada pelajar iaitu penghasilan projek kemasyarakatan. Kajian menfokuskan kepada dua subjek Hadis daripada Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Kajian Hadis (PPPH1133) bagi pelajar tahun 1 dan subjek Kajian Hadis Masa Kini (PPPH 3163) bagi pelajar tahun 3. Tugasan Berkumpulan bagi subjek PPPH 1133)  iaitu Projek Penghasilan Video Hadis berdurasi 2 minit manakala subjek (PPPH 3163) iaitu Projek Gamifikasi Hadis berasaskan kitab Hadis 40 Imam Nawawi. Kedua-dua tugasan yang diberikan adalah bermatlamat memupuk kesedaran para pelajar dalam  menyumbang sesuatu kepada masyarakat melalui projek tugasan berkumpulan yang telah dihasilkan. Rekabentuk kajian ini ialah kualitatif dengan menggunakan metod analisis kandungan. Implikasi kajian ialah sebagai perkongsian pengalaman pengajaran yang boleh dimanfaatkan dalam penilaian dan pentaksiran melalui tugasan berkumpulan projek kemasyarakatan seperti ini.

References

Abdullah, N. U, 2004, Silsilah Madrasah al-Du’ah, Jilid 1, Dar al-Salam: Kaherah.
Buku Panduan Prasiswazah Fakulti Pengajian Islam UKM, 2018, Fakulti Pengajian Islam, UKM, hlm 127.
Kementerian Pendidikan Tinggi, 2016, Rubrik PNGK Bersepadu (ICGPA) Panduan Pentaksiran Hasil Pembelajaran, Kementerian Pendidikan Tinggi, hlm. 39.
Muhammad Faidz, M. F., Fauzi D., Selamat, A., 2014, Pengajian Hadith di Institusi Formal dan Non Formal di Malaysia, Jurnal Hadis Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), bil 7 (Jun 2014), hlm. 33-49.
Mohamed Amin E., 2018, Heutagogical Tools For Engaging The Digital Natives : A Quick Guide, Centre for Teaching & Learning Technologies, Universiti Kebangsaan Malaysia, 45.
Mohd Syukri M.N, Norazmi, A, Shahril Nizam, Z, Amran, A, H, Ahmad Sanusi, A, Syed Najihuddin, S. H, 2018, Pendigitalan Hadis Dalam Kerangka Revolusi Industri 4.0, prosiding, WCIT 2018 (5th World Conference On Islamic Thought & Civilization, 67.
Muhammad Abu al-Layth, K. A, 2005, Ulum al-Hadith : Asiluha wa Mu’asiruha, Dar al-Syakir ; Bangi, cet. Ke 4, hlm. 6.
Mofid, M., & Hamdy, M. Z. (2021). Dekontruksi Pendekatan Kritik Sastra Terhadap Al-Quran Perspektif Amin Al-Khuli. Al-Irfan: Journal of Arabic Literature and Islamic Studies, 4(2), 238–253. https://doi.org/https://doi.org/10.36835/alirfan.v4i2.5069
Shamsudin Yabi, Syulhanif Kadri, Zulhilmi Mohd Nor, Mohd Fauzi Mohd Amin, 2017, Pengajaran Kursus Ulum Hadith di Institusi Pengajian Tinggi Awam : Tinjauan Literasi Terhadap Pendekatan Pengajaran Masa Kini, Vol 13, no 14, 2017.

Downloads

Published

2022-01-23

How to Cite

Projek Kemasyarakatan melalui Pentaksiran dalam Subjek Hadis: Perkongsian Amalan Pengajaran di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. (2022). International Conference on Islamic Studies, 1(1), 7-14. https://ejournal.iaforis.or.id/index.php/icois/article/view/47